Khas wanita · Subang Bestari

Me-time bersama
Coach Safura.

Selalu sibuk jaga semua orang?
Sekarang, giliran jaga diri sendiri pula. 💜

Kelas khas wanita di Subang Bestari. Pilih sesi pagi atau malam yang sesuai dengan rutin anda.

Walk-in RM25 · Pakej bulanan dari RM80.

Beginner friendly  ·  Sesi pagi & malam

Peserta wanita bergambar bersama di hadapan D’Aora Fitness

Hari berbeza.
Semangat yang sama.

Pilih kelas yang anda nak cuba.
Kita jumpa di studio!

ISNIN

Bodymove

Bergerak mengikut muzik. Aktif dan menyeronokkan.

SELASA

Zumba

Tarian dan kecergasan dengan rentak yang bertenaga.

KHAMIS

Bellydance

Terokai pergerakan, koordinasi dan kelenturan.

JUMAAT

Stepboard

Variasi langkah menggunakan stepboard.

TEAM ANGGUN / PAGI8.45 – 9.45 pagi
TEAM JELITA / MALAM8.30 – 9.30 malam

Rabu: tiada kelas harian. Cuti umum: tutup. Perubahan jadual akan dimaklumkan.

LADIES ONLY✳STUDIO BERHAWA DINGIN✳BEGINNER FRIENDLY

Bina rutin dengan Unlimited.
Me-time anda, setiap minggu.

Utamakan rutin aktif dengan Unlimited: hadir 4–5 hari seminggu, maksimum satu sesi sehari. Pilih bulan semasa atau bulan depan mengikut ketersediaan.

HADIR LEBIH KERAP

Basic 10

RM150
/ bulan
  • Sesuai hadir 2–3 kali seminggu
  • 10 kelas dalam bulan dipilih · boleh pilih mana-mana kelas
  • RM15 setiap kelas jika habis digunakan
  • Ahli baharu +RM59
    Jumlah mula RM209

Pilih bulan untuk lihat tempoh sah pakej.

MULA BINA RUTIN

Basic 5

RM80
/ bulan
  • Sesuai hadir 1–2 kali seminggu
  • 5 kelas dalam bulan dipilih · boleh pilih mana-mana kelas
  • RM16 setiap kelas jika habis digunakan
  • Ahli baharu +RM59
    Jumlah mula RM139

Pilih bulan untuk lihat tempoh sah pakej.

NAK CUBA DAHULU

Walk-in

RM25
/ kelas
  • Satu kelas pilihan
  • Tanpa pendaftaran ahli
  • Kenali suasana studio
Cuba satu kelas ↗

Pendaftaran ahli baharu RM59 termasuk beg kasut travel. Promo pendaftaran November: waive 2 bulan, keahlian sah hingga 31 Disember 2027. Renew RM35 setahun selepas keahlian tamat. Pendaftaran RM59 dibayar sekali sahaja oleh ahli baharu, bukan setiap kali membeli pakej bulanan. Yuran pendaftaran tidak dikenakan setiap bulan; pembaharuan mengikut tempoh keahlian. Pakej sah dalam bulan dipilih sahaja, tidak boleh dipindah milik dan baki kelas tidak dibawa ke bulan berikutnya. Sesi Unlimited yang tidak dihadiri tidak boleh diganti.

Apa kata mereka.

Pengalaman sebenar komuniti D’Aora Fitness Subang Bestari.

“The workouts are well structured and effective.”
Sarah Llk
Petikan ulasan Google
“Terima kasih cikgu Safura training kami”
Dayana Daman
Petikan ulasan Google
“Coach best, class fun, circle supportive.”
Norhidayu Md Ramdan
Petikan ulasan Google
Baca ulasan penuh di Google ↗

Petikan dipendekkan daripada ulasan asal. Pengalaman dan hasil setiap individu berbeza.

Gambar sebelum Coach Safura, berat 80 kg
BEFORE · DULU80 kg
Gambar selepas Coach Safura, berat 55 kg, memegang dumbbell
AFTER · SEKARANG55 kg

Perjalanan Coach Safura bersama D’Aora Fitness.

Jangan malu.
Coach pun pernah
bermula seperti anda.

Dulu 80 kg. Kini 55 kg.

“Coach dulu pun berbadan besar. Dengan ilmu yang D’Aora Fitness berikan dan usaha mengamalkannya, Coach berjaya berubah daripada 80 kg kepada 55 kg.”

“Sebab itu Coach faham rasa malu dan berdebar nak mula. Tak perlu tunggu kurus atau pandai ikut langkah. Datang sahaja, kita mula perlahan-lahan ikut kemampuan sendiri.”

Di D’Aora Fitness Subang Bestari, anda dialu-alukan seadanya. Jom bina rutin aktif bersama Coach Safura — satu langkah pada satu masa.

Ini pengalaman peribadi Coach Safura. Hasil setiap individu berbeza.

Pilih pakej ↗

Selalu dahulukan semua orang?
Kali ini, pilih diri sendiri.

Luangkan satu jam untuk bergerak, menikmati muzik dan membina rutin aktif yang anda suka.

01

Selesa jadi diri sendiri.

Studio khas wanita dengan ruang yang lebih privasi dan berhawa dingin. Kelas dengan 10–18 orang peserta — selesa untuk bergerak dan enjoy bersama. 💜

02

Baru mula? Boleh.

Tak perlu hafal langkah. Setiap variasi kelas dibimbing oleh coach perempuan yang mengajar langkah demi langkah. Lebih selesa untuk ikut, walaupun baru pertama kali! Bergerak mengikut kemampuan sendiri. 💜

03

Rutin yang tak bosan.

Empat variasi kelas yang disusun khas untuk ladies bergerak aktif, rasa happy dan lebih bersemangat selepas kelas. Step mudah diikuti, beginner pun boleh enjoy!

Pilih sesi pagi atau malam mengikut rutin anda. 💜

✳

Bawa newbie, dapat diskaun tambahan!

Ajak kawan yang belum pernah sertai D’Aora Fitness. Bersenam lebih meriah, bina rutin aktif bersama. Tuntut voucher diskaun di kaunter.

Sifu Fanora, Founder, bersama Coach Safura, JV Owner D’Aora Fitness Subang Bestari

Jom sihat bersama
Coach Safura.

“Saya tahu langkah pertama kadang-kadang paling susah. Ada yang malu, ada yang risau tak dapat ikut dan ada yang dah lama tinggalkan senaman.”

Di D’Aora Fitness Subang Bestari, anda dialu-alukan untuk mula mengikut kemampuan sendiri. Fokus pada langkah anda untuk jadi lebih aktif dan konsisten.

Fit, Slim, Curvy.

Saya nak join channel WhatsApp ↗

Datang untuk bergerak.
Kembali kerana seronok.

Tempah me-time anda.
10 slot setiap sesi.

Pilih tarikh dan sesi. Tambah ke cart dan bayar melalui Bayarcash. Slot disahkan secara automatik selepas bayaran berjaya.

Isnin · Bodymove   |   Selasa · Zumba   |   Khamis · Bellydance   |   Jumaat · Stepboard
Rabu, Sabtu dan Ahad tiada kelas harian. Tempahan dibuka hingga 7 hari ke hadapan.

Pilih sesi
Pilih tarikh untuk semak baki slot.

Walk-in RM25 untuk satu kelas. Pilihan anda dimasukkan ke cart sebelum pembayaran Bayarcash. Kelas khas wanita sahaja.

Lokasi D’Aora Fitness
Subang Bestari.

Langkah pertama bermula di sini. Pilih laluan anda dan jom luangkan masa untuk diri sendiri.

Pandangan hadapan bangunan dengan papan tanda D’Aora Fitness Subang Bestari di tingkat satu
Cari papan tanda D’Aora Fitness di tingkat satu.

D’Aora Fitness Subang Bestari

34-2, Tingkat 1, Jalan Nova K U5/K,
Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor.

Rujuk gambar premis di sebelah untuk mengenali bangunan studio.

Ada soalan?
Jom kita jawab.

Saya tak pernah masuk kelas fitness. Boleh?

Boleh. Kelas kami beginner friendly. Maklumkan kepada Coach jika ini kali pertama anda dan ikut pergerakan mengikut kemampuan sendiri.

Semua kelas untuk wanita sahaja?

Ya. Kelas harian D’Aora Fitness Subang Bestari adalah khas untuk wanita. Datang seorang pun dialu-alukan.

Sabtu dan Ahad tiada kelas harian ke?

Tiada kelas harian pada Sabtu dan Ahad. Studio dibuka untuk program Peak Season (PS) dan Personal Trainer (PT) sahaja. Slot PS telah ditutup buat masa ini, tetapi slot PT masih tersedia. Lihat program PT dan tempah slot bersama Coach Safura ↗.

Boleh pilih sesi pagi atau malam?

Boleh, mengikut jadual yang tersedia. Pakej Unlimited membenarkan satu sesi sehari.

Nak cuba dahulu, perlu daftar ahli?

Tidak. Anda boleh cuba walk-in RM25 untuk satu kelas. Pendaftaran ahli RM59 diperlukan jika mahu mengambil pakej bulanan.

Saya ahli 2023–2025. Bagaimana cara renew?

Sila hadir ke kaunter untuk pengesahan keahlian dan bayaran pembaharuan RM35. Untuk pembaharuan pada Oktober, November atau Disember 2026, keahlian sah sehingga 31 Disember 2027 selepas disahkan oleh Coach. Bayaran pakej bulanan adalah berasingan.

Berapa lama keahlian promo daftar Oktober–Disember 2026?

Daftar sebagai ahli pada Oktober, November atau Disember 2026: keahlian sah sehingga 31 Disember 2027. Yuran daftar ahli baharu RM59. Pakej kelas dibeli berasingan mengikut bulan pilihan.

Boleh daftar sekarang untuk bulan depan?

Boleh. Pilih bulan semasa atau bulan depan pada pakej Basic 5, Basic 10 atau Unlimited. Penggunaan kelas bermula pada bulan yang dipilih. Pakej tamat pada hari terakhir bulan tersebut walaupun daftar lewat. Baki kelas tidak dibawa ke bulan berikutnya.

Baki kelas boleh sambung bulan depan?

Tidak. Contohnya, lima kelas Oktober perlu dihabiskan dalam Oktober. Baki tidak dibawa ke bulan berikutnya.

Adakah meal plan diberikan untuk kelas harian?

Tidak. Meal plan tidak disertakan dalam kelas harian. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, sila hadir ke kaunter dan buat temu janji dengan Coach untuk tempahan latihan peribadi (PT).

Boleh saya bawa anak jika tiada orang menjaga?

Boleh. Sila bawa mainan untuk anak supaya mereka boleh bermain dan tidak mengganggu peserta lain sepanjang kelas.

Apa yang perlu dibawa?

Bawa air minuman dan kasut bertapak bersih kerana studio menggunakan karpet. Pakai pakaian yang selesa untuk bergerak. Bellydance dijalankan tanpa kasut.

Macam mana nak daftar dan bayar?

Pilih walk-in atau pakej, tambah ke cart dan lengkapkan maklumat pembayar. Teruskan pembayaran melalui Bayarcash. Untuk walk-in, pilih tarikh dan sesi dahulu. Ahli sedia ada boleh sahkan keahlian melalui OTP dalam cart sebelum membayar pakej tanpa yuran daftar semula.

Bagaimana diskaun bawa newbie?

Ajak kawan yang belum pernah sertai D’Aora Fitness dan tuntut voucher diskaun di kaunter. Semak nilai diskaun serta syarat tawaran di kaunter.

YOUR FIRST STEP STARTS HERE

Satu jam untuk anda.
Satu langkah untuk mula.

Tak perlu tunggu pandai ikut langkah. Pilih satu sesi dan beri diri anda peluang untuk mula.

Saya nak cuba kelas — RM25 ↗

No need experience, just bring your spirit.

Draf visual · galeri akan dilengkapkan
Bina rutin aktif
Pakej Unlimited
Pilih pakej ↗

Cart anda

Cart masih kosong. Pilih kelas atau pakej untuk bermula.