Kelas Harian
Tambah stamina dan nikmati masa untuk diri sendiri dalam suasana ceria. Pelbagai variasi kelas dengan pilihan sesi pagi dan malam.
Lihat Jadual & Harga →Pusat kecergasan dan pengurusan berat badan wanita bersama Coach Safura. Cari program yang sesuai dengan matlamat dan rutin anda.
Pilih program anda ↓Nak kekal aktif, sertai cabaran berkumpulan atau dapatkan bimbingan lebih khusus? Mulakan di sini.
Tambah stamina dan nikmati masa untuk diri sendiri dalam suasana ceria. Pelbagai variasi kelas dengan pilihan sesi pagi dan malam.
Lihat Jadual & Harga →Program berkumpulan untuk fokus pada perubahan badan dalam tempoh tertentu, bersama bimbingan coach dan sokongan rakan seperjuangan.
Kenali Peak Season →Latihan lebih khusus bersama Coach Safura mengikut matlamat dan keperluan diri. Kenali pilihan latihan peribadi dan kumpulan kecil.
Lihat Program PT →Bimbingan bersama Coach Safura & Sifu Fanora, meal plan, sokongan kumpulan dan pemantauan InBody. Fitness Talk: 3 Oktober 2026, 8.45 malam.
Rabu malam
8.30–10.00 malamSabtu pagi
8.30–10.00 pagi
Sasaran berat ialah anggaran individu, bukan jaminan hasil.
Pilih satu sesi latihan:
Rabu malam + Sabtu pagi
Harga promo PS31 hingga 30 September 2026. Pendaftaran PS31 telah ditutup. Maklumat program dikekalkan untuk rujukan.
Nak join Peak Season seterusnya? Sertai channel WhatsApp untuk pengumuman intake baharu.
Nak Join Next PS · Sertai Channel WhatsApp →Fast track 6 minggu di D’Aora Fitness Subang Bestari. Jadual boleh disusun bersama Coach Safura mengikut kekosongan slot.
Latihan peribadi bersama Coach Safura, dengan perhatian penuh pada sasaran anda. Jadual fleksibel.
Dua wanita, atau pasangan suami isteri yang mendaftar bersama. Susunan latihan disahkan dengan Coach Safura.
Daftar bersama rakan. Minimum 3 orang, maksimum 4 orang bagi satu kumpulan.
Latihan dalam kumpulan lebih besar. Minimum 8 orang, maksimum 12 orang.
Studio wanita sahaja. Untuk pendaftaran suami isteri, hubungi Coach Safura bagi mengesahkan cara dan lokasi latihan sebelum membuat bayaran.
Masukkan berat dan tinggi untuk melihat anggaran BMI. Angka ini alat saringan umum dan tidak menentukan tahap kesihatan seseorang.
Untuk umur 20 tahun ke atas. Formula: berat (kg) ÷ tinggi (m)².
Kenali ruang latihan dan komuniti D’Aora Fitness Subang Bestari melalui gambar dan video sebenar.
Gambar sebelum dan selepas yang dikongsikan oleh ahli kami. Pengalaman dan hasil setiap orang berbeza.
Baca pengalaman yang dikongsi oleh ahli kami dan lihat ulasan terkini di Google.
★★★★★“Love the environment. The positive vibe. The cheerful coach. Makes the hard part of losing weight feel light. I make a lot of new friends here.”
Maklum balas ahli“Very friendly environment and the weight loss program is easy to follow, even with my ACL knee injury. I managed to lose 7kg within just 5 weeks of the program.”
34-2, tingkat 1, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor.
34-2, Tingkat 1, Jalan Nova K U5/K
40150 Shah Alam, Selangor

Jawapan ringkas tentang kelas dan studio D’Aora Fitness Subang Bestari.
Ya, kelas mesra beginner. Coach Safura akan tunjukkan pergerakan mengikut kemampuan anda. Maklumkan kepada Coach jika ada kecederaan atau perkara yang perlu diberi perhatian sebelum kelas bermula.
Pakai pakaian sukan yang selesa dan menutup aurat. Bawa kasut sukan bersih untuk kelas dalam studio yang berkarpet; kelas Bellydance dijalankan tanpa kasut. Tidak dibenarkan merakam video tanpa kebenaran untuk menjaga privasi ahli.
Kami di 34-2, tingkat 1, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, Shah Alam. Tekan butang Google Maps atau Waze pada bahagian Lokasi untuk arah. Tempat parking bergantung kepada kekosongan kawasan sekitar.
Tidak perlu bawa peralatan sendiri. Dumbbell, kettlebell, yoga mat dan peralatan senaman lain disediakan di studio. Bawa air minuman dan tuala kecil.
Lihat semua pilihan sesi, harga dan tempahan di halaman Kelas Harian. Newbie dan bukan ahli perlu WhatsApp dahulu sebelum hadir untuk semak slot dan sebarang perubahan jadual.
PS31 Single Mode sesuai jika anda memilih satu kumpulan, Rabu malam atau Sabtu pagi. Combo Mode merangkumi kedua-duanya. Untuk latihan DSLIM yang lebih peribadi, hubungi Coach Safura bagi menyusun jadual dan kumpulan.
Hubungi Coach Safura untuk berbincang tentang program dan semak slot di D’Aora Fitness Subang Bestari.